AIZAT, terbaik derr~

BIAR TAK HENSEM ASAL JANGAN BUSUK HATI~

Khamis, 13 Oktober 2011

JENIS JENIS ZINA~



Assalamualaikum.. kali ni entri tentang jenis2 zina..~

Zina itu memang ada berbagai rupa . 

“ ZINA MATA “ apabila mata itu digunakan untuk melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala . Contohnya : Melihat auirat orang lain . 

“ ZINA TELINGA “ apabila telinga itu digunakan untuk mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala , contohnya : Mendengar lagu-lagu yang bertentangan dengan Islam . Mendengar umpatan dan carutan . 

“ ZINA HIDUNG “ apabila hidung itu digunakan untuk mencium sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala , contohnya “ Sengaja mencium bau wangi daripada wanita yang tidak halal untuk kita . 

“ ZINA MULUT “ apabila mulut itu digunakan pada perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah Ta’ala , contohnya : “ Menikmati makanan dan minuman yang dilarang “ .

“ ZINA TANGAN “ , apabila tangan digunakan untuk perbuatan maksiat ( menderhakai Allah Ta’ala ) .Contohnya : “ Tikam “ nombor ekor ataupun meraba .

“ ZINA KAKI “ , apabila digunakan untuk maksiat ( menderhakai Allah Ta’ala ) , contohnya : “ Melangkah masuk ke pusat-pusat maksiat dengan niat untuk berbuat maksiat “ . 

Dan tentulah zina – zina di atas TIDAK SAMA dengan ZINA yang disebabkan oleh PERSETUBUHAN HARAM ( wathie’ ) . Sebab :

( 1 ) ~ Zina disebabkan persetubuhan haram telah nyata hukumannya secara pasti ( qat’ie ) di dalam al-Quranul Karim dan Sunnah yang sahih . Walhal zina-zina jenis selainnya pula tidak dinyatakan apakah hukumannya melainkan ianya membawa dosa kepada si pelakunya . 

( 2 ) ~ Zina-zina yang lain itu dinamakan sebagai zina dari sudut IANYA BERBUAT MAKSIAT . Akan tetapi tidak sama daripada sudut berat dan hukumannya . Zina yang dimaksudkan oleh syariat ( hukum Fiqh ) HANYALAH zina disebabkan persetubuhan haram . Sebab kalau tidak begitu , habislah kita semua dianggap penzina dan akan dikenakan hukuman hudud . 


Diharap saudara rajin-rajinlah membuka kitab-kitab Tasawwuf , khasnya karangan al-Imam al-Ghazali rh dan juga kitab-kitab budi perkerti yang mulia ( Akhlak ) .


Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab

p/s: so, jagalah apa jua kurniaan Allah dr semua jenis zina diatas..